Assalam...
Hari ni rajin sikit. Pagi tadi tengok masih ada berbaki nasi impit yang di rebus semalam.. So terus pergi selongkar fridge. Yess bahan bahan yang di perlukan ada ..
So ini lah hasil nya
Lontong Goreng
(resepi ni tak mengikut sukatan, ikut sesedap rasa jek)
Nasi impit di belah 4 or 6
cili kering di rebus dan di blend dengan bwg merah dan bawang putih
daging kisar(saya guna jenama Ramly)
udang hidup di bersihkan
sayur- saya guna kobis di mayang halus dan kucai di kerat kerat
sos tiram, sos tomato dan kicap lemak masin cap kipas udang
bawang goreng
Dan kalau suka telur 1 bj
Tumis cili yg di blend bersama bwg bwg tadi hingga garing dan wangi. Masuk sedikit gula(sikit jek). kemudian masukkan daging kisar dan di kacau dan di biar hingga masak. Letak sos tiram dan tomato sos sikit. Gaul lagi. letak kicap secukup rasa. Saya tak guna garam sebab dah guna kicap masin. Masukkan udang. Biar sekejap. Bila dh semakin kering bumbu nya boleh di pecahkan telur kalau nak. Kemudian masukkan nasi impit tadi. Kacau perlahan sehingga di baluti bumbu. Masukkan sayur dan kacau lagi. Siap!! Sebelum makan taburkan bawang goreng..
Cuba lah..sedap ni..simple pulak tu..
Ni lah hasilnya..
No comments:
Post a Comment