Wednesday, June 27, 2012


Kulalui cabang kehidupan

Bersama ayahmu

Langkahku seribu

Tekadku satu



Dalam gelora tragedi membangun

Kuberlari bersama angin

Kubina hakikat

Pada percikan peluh yang masin



Perjuanganku berwajah pena dan lembing

Kutiduri penderitaan hitam pekat

Kuberkagu pada benang kesengsaraan

Yang tak kunjung pergi

Selagi hayat masih bernadi



Perjuangan kegunaan termeterai

Bukan sekadar sembilan bulan sepuluh hari

Dia adalah bingkisan pusaka

Tak mungkin ribut puaka melerai

Kulalui qada’ dan qadar

Putih ungu dan jingga



Kuterjuni lurah menggalah ke bawah

Kuharungi gelombang pelbagai onar

Kadangkala pelayaranku hampir tumpas

Namun hela tanganku

Yang sepuntung  cuma



Apabila jatuh kubangun segera

Kuruntun doa pada Tuhan Yang Esa

Sertailah perjuanganku

Dengan keredaan-Mu



Kutiti buih gelombang yang tipis

Sukarnya kepalang khabar

Tidak terniat hendak bermegah

Cuma kutunjukkan jalan



Sekiranya ada kawan

Yang hendak berenang

Tenggelam dahulu

Timbul kemudian.......

Thursday, June 7, 2012

Hati seorang Ibu.....

Assalam,

Sudah lama menyepi diri..Agak sibuk kebelakangan ini. Mana dengan majlis merisik anak sulung dan majlis perkahwinan anak saudara hmmm sibuk sungguh. Masaalah kat pejabat lagi.  Tapi Alhamdulillah semuanya dapat di harungi.  InsyaAllah anak sulung akan berkahwin awal tahun depan.  Mulai sekarang saya akan sibuk nak menyiapkan dan menguruskan hal2 berkaitan majlis tersebut..  Tapi dalam pada itu hati ini bagai di siat kesedihan.

Sedih kerana sebagai seorang ibu hati ini sangat rapuh.  Mudah sangat tercalar dan luka dik perbuatan atau perkataan anak2.  Maybe I am being too emotional.  Tak tahu la ya.  Mungkin juga tidak.

Anak2 dh besar dan sudah punya kehidupan sendiri.  I must learn not to cling to them too much.  They don't like it.  I can feel it.  But I love them no matter what.  Guys i promise i won't say or do too much.  You have your own life now..so all the best to you... I might be hurt but I will still smile through my tears...

Masing2 dah bergaji besar and maybe akan mendapat habuan yang lebih besar...so happy for you...

I am who I am...still here waiting for maybe some kind gestures..

All the best to my kids...Love you