Wednesday, June 27, 2012
Kulalui cabang kehidupan
Bersama ayahmu
Langkahku seribu
Tekadku satu
Dalam gelora tragedi membangun
Kuberlari bersama angin
Kubina hakikat
Pada percikan peluh yang masin
Perjuanganku berwajah pena dan lembing
Kutiduri penderitaan hitam pekat
Kuberkagu pada benang kesengsaraan
Yang tak kunjung pergi
Selagi hayat masih bernadi
Perjuangan kegunaan termeterai
Bukan sekadar sembilan bulan sepuluh hari
Dia adalah bingkisan pusaka
Tak mungkin ribut puaka melerai
Kulalui qada’ dan qadar
Putih ungu dan jingga
Kuterjuni lurah menggalah ke bawah
Kuharungi gelombang pelbagai onar
Kadangkala pelayaranku hampir tumpas
Namun hela tanganku
Yang sepuntung cuma
Apabila jatuh kubangun segera
Kuruntun doa pada Tuhan Yang Esa
Sertailah perjuanganku
Dengan keredaan-Mu
Kutiti buih gelombang yang tipis
Sukarnya kepalang khabar
Tidak terniat hendak bermegah
Cuma kutunjukkan jalan
Sekiranya ada kawan
Yang hendak berenang
Tenggelam dahulu
Timbul kemudian.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment