Assalam,
Sudah lama menyepi diri..Agak sibuk kebelakangan ini. Mana dengan majlis merisik anak sulung dan majlis perkahwinan anak saudara hmmm sibuk sungguh. Masaalah kat pejabat lagi. Tapi Alhamdulillah semuanya dapat di harungi. InsyaAllah anak sulung akan berkahwin awal tahun depan. Mulai sekarang saya akan sibuk nak menyiapkan dan menguruskan hal2 berkaitan majlis tersebut.. Tapi dalam pada itu hati ini bagai di siat kesedihan.
Sedih kerana sebagai seorang ibu hati ini sangat rapuh. Mudah sangat tercalar dan luka dik perbuatan atau perkataan anak2. Maybe I am being too emotional. Tak tahu la ya. Mungkin juga tidak.
Anak2 dh besar dan sudah punya kehidupan sendiri. I must learn not to cling to them too much. They don't like it. I can feel it. But I love them no matter what. Guys i promise i won't say or do too much. You have your own life now..so all the best to you... I might be hurt but I will still smile through my tears...
Masing2 dah bergaji besar and maybe akan mendapat habuan yang lebih besar...so happy for you...
I am who I am...still here waiting for maybe some kind gestures..
All the best to my kids...Love you
No comments:
Post a Comment