Wednesday, February 12, 2014

Sedap ni....

Assalam...

Hari ni rajin sikit.  Pagi tadi tengok masih ada berbaki nasi impit yang di rebus semalam.. So terus pergi selongkar fridge.  Yess bahan bahan yang di perlukan ada ..

So ini lah hasil nya

Lontong Goreng
(resepi ni tak mengikut sukatan, ikut sesedap rasa jek)

Nasi impit di belah 4 or 6
cili kering di rebus dan di blend dengan bwg merah dan bawang putih
daging kisar(saya guna jenama Ramly)
udang hidup di bersihkan
sayur- saya guna kobis di mayang halus dan kucai di kerat kerat
sos tiram, sos tomato dan kicap lemak masin cap kipas udang
bawang goreng
Dan kalau suka telur 1 bj

Tumis cili yg di blend bersama bwg bwg tadi hingga garing dan wangi. Masuk sedikit gula(sikit jek). kemudian masukkan daging kisar dan di kacau dan di biar hingga masak.  Letak sos tiram dan tomato sos sikit. Gaul lagi. letak kicap secukup rasa.  Saya tak guna garam sebab dah guna kicap masin.  Masukkan udang.  Biar sekejap.  Bila dh semakin kering bumbu nya boleh di pecahkan telur kalau nak.  Kemudian masukkan nasi impit tadi.  Kacau perlahan sehingga di baluti bumbu.  Masukkan sayur dan kacau lagi.  Siap!!  Sebelum makan taburkan bawang goreng..

Cuba lah..sedap ni..simple pulak tu..

Ni lah hasilnya..

Tuesday, February 11, 2014

Saya kembali lagi!!!!

Assalam semua,

Rasanya sudah terlalu lama saya menghilang kan diri...terlalu lama sehingga saya hampir terlupa yang saya ada blog ini.. Apa apa pun..i promise i will be a frequent writer to this blog again..

Banyak benda yang sudah terjadi .
Anak sulung sudah berkahwin dan sedang menunggu masa untuk melahirkan sekarang. Cucu saya Muhammad Qaid Zulqarnain juga sudah mempunyai seorang adik berumur 4 bulan. Muhammad Zarif Uzair nama nya..I'm blessed...syukur Alhamdulillah..

As for me I'm pretty much the same..no not the the same.. Getting older u allss..hehe

Ok gotta pen off now. Will write again tomorrow. Need to finish my office work now.

Bye...


Monday, September 3, 2012

Nukilan hati....

Assalam. Sudah lama tidak melayangkan jari menconteng di blog ini. Sibuk di bulan puasa, bersambung raya dan kini di pejabat. But today will try to write something in my blog. Bulan puasa berlalu santai tanpa banyak insiden. Begitu juga hari raya. Semuanya saperti basa. Cuma hati aku sngt gembira sebab anak2 ku semuanya beraya dengan ku. Cuma selepas raya ni bnyk pula peristiwa yg terjadi. Tangan ku yang sakit akibat di cakar kucing semakin teruk kini. Sudah membengkak dan sakit. Anak2ku pun sudah pulang ketempat masing2 dan mula bekerja. Tinggal la aku 3 beranak kembali. Suami, anakku yg ketiga dan aku. Aku mula merasa kesunyian yang amat sangat. Dan hati aku mula kosong kembali..... Ya Allah kau beri lah aku ketenangan dan ketaqwaan. Beri lah aku rezeki yang halal agar aku dapat menunaikan haji ataupun umrah di Tanah SuciMu. Tu yang teramat aku inginkan.....Amin...

Wednesday, June 27, 2012


Kulalui cabang kehidupan

Bersama ayahmu

Langkahku seribu

Tekadku satu



Dalam gelora tragedi membangun

Kuberlari bersama angin

Kubina hakikat

Pada percikan peluh yang masin



Perjuanganku berwajah pena dan lembing

Kutiduri penderitaan hitam pekat

Kuberkagu pada benang kesengsaraan

Yang tak kunjung pergi

Selagi hayat masih bernadi



Perjuangan kegunaan termeterai

Bukan sekadar sembilan bulan sepuluh hari

Dia adalah bingkisan pusaka

Tak mungkin ribut puaka melerai

Kulalui qada’ dan qadar

Putih ungu dan jingga



Kuterjuni lurah menggalah ke bawah

Kuharungi gelombang pelbagai onar

Kadangkala pelayaranku hampir tumpas

Namun hela tanganku

Yang sepuntung  cuma



Apabila jatuh kubangun segera

Kuruntun doa pada Tuhan Yang Esa

Sertailah perjuanganku

Dengan keredaan-Mu



Kutiti buih gelombang yang tipis

Sukarnya kepalang khabar

Tidak terniat hendak bermegah

Cuma kutunjukkan jalan



Sekiranya ada kawan

Yang hendak berenang

Tenggelam dahulu

Timbul kemudian.......

Thursday, June 7, 2012

Hati seorang Ibu.....

Assalam,

Sudah lama menyepi diri..Agak sibuk kebelakangan ini. Mana dengan majlis merisik anak sulung dan majlis perkahwinan anak saudara hmmm sibuk sungguh. Masaalah kat pejabat lagi.  Tapi Alhamdulillah semuanya dapat di harungi.  InsyaAllah anak sulung akan berkahwin awal tahun depan.  Mulai sekarang saya akan sibuk nak menyiapkan dan menguruskan hal2 berkaitan majlis tersebut..  Tapi dalam pada itu hati ini bagai di siat kesedihan.

Sedih kerana sebagai seorang ibu hati ini sangat rapuh.  Mudah sangat tercalar dan luka dik perbuatan atau perkataan anak2.  Maybe I am being too emotional.  Tak tahu la ya.  Mungkin juga tidak.

Anak2 dh besar dan sudah punya kehidupan sendiri.  I must learn not to cling to them too much.  They don't like it.  I can feel it.  But I love them no matter what.  Guys i promise i won't say or do too much.  You have your own life now..so all the best to you... I might be hurt but I will still smile through my tears...

Masing2 dah bergaji besar and maybe akan mendapat habuan yang lebih besar...so happy for you...

I am who I am...still here waiting for maybe some kind gestures..

All the best to my kids...Love you

Wednesday, May 23, 2012

Muhammad Qaid Zulqarnain

My lovely grandson.. Miss him so much :(












Opah rindu qaid :((

Tangisan.....

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat..